Google

Wednesday, April 30, 2008

Shin Chan

Hari ni Adam nak bawa korang semua tengok Shin Chan. Suka tak? Alarr..kita tau makcik-makcik kita semua suka tengok Shin Chan. Betul tak? Tengok larr yer.. kalu nak lagi, boleh klik kat sini.


Saturday, April 26, 2008

Selamat Hari Ibu



SELAMAT HARI IBU
buat emak yang tercinta..

(Siti Johariah Bt Abdullah)

Monday, April 21, 2008

Gambar Adam

Hi, hari ni Adam tido awal. Pukul 8.30 mlm ummi dah masukkan Adam kat dalam bilik. Umah semua gelap je.. Dapat je susu, Adam pun terus tido pasal penat sangat badan ni. Kaki pun naik lenguh pasal siang tadi Adam tak tido pun. Main jerr.. best tau!

Ni gambar Adam khas untuk nenek yang tak pakai kaca mata nak tengok Adam kat Internet. Adam comel kan! hehehe.. Enjoy!

Tak bleh nak letak gambar banyak-banyak coz takut kena BAN kat internet. hehehe..


Saturday, April 19, 2008

Dah ok..


Seronoknye kalu dah sihat.. Gatal-gatal kat badan Adam dah tak de. Lepas ni, umi tak yah larr nak sapu ubat kat badan Adam lagi. Kira-kira dah ok larrr tapi Adam masih kena makan ubat pasal selesema blum hilang lagi. Kat sini plak asyik hujan jer.. Kat Kuala Lumpur macam mana pulak yer?

Hari ni Adam rasa best sangat pasal ummi ada ajar Adam melukis. Hari ni, Adam dah kenal cat (kucing). Bila ummi lukis cat, adam terus tunjuk. Adam seronok sangat.

Semalam pun Adam belajar dengan ummi. Sekarang, Adam dah pandai pegang pen. Maklum larr, anak cikgu mesti pandai pegang pen. Betul tak? hehehe..

Atuk ngan nenek kat KL selalu larr tengok blog Adam ni yer.. nanti Adam tulis best-best. Suruh larr makcik-makcik Adam kat sana bukakan website ni.

Tuesday, April 15, 2008

Kasut Baru

Hehe.. Saje nak bagitau. Hari Sabtu lepas, Ummi bawa Adam pi umah Mama kat Batu Pahat, Johor. Kat sana kitorang ada singgah kat Batu Pahat Mall (Pan Pasific Mall). Waktu tu, Adam tengok ramai orang pasal ayah kata ada PC fair. Alarr..ada jualan komputer murah.

Kat sana macam biasa, Adam yang dah pandai berjalan ni mula larr nak berjalan. Kebetulan ummi tak bawakkan Adam punye kasut. Oleh kerana tak tahan asyik nak berdukung jer, ummi belikan Ada kasut baru.

Lawa tau! kaler biru belang-belang lagi. Ayah cakap harganya RM12.00. Mahal ke ek? Takpe larr, ayah yang kena keluar duit. Bukannya Adam.. hehehe.

Demam Campak!!

Petang tadi, lepas ayah ngan ummi jemput Adam kat umah mama azi (makcik yang jaga Adam) kitorang terus pi umah ibu. Ayah nak pegi bank katanya. Ibu ni mak Danish larr..makcik kita. Kat sana, Adam jumpa atuk ngan nena. Adam waktu tu ok je..sihat maklum larr baru baik demam. Tapi badan Adam ada rasa tak selesa larr. Macam gatal-gatal. Adam dengar ummi cakap ngan ayah yang adam kena kuman ulat bulu waktu kitorang pi umah mama (mak sofia- makcik kita jugak larr). Masa tu, abang Amir pun kena sekali. Habis badan dia kena gatal-gatal.Kasian dia..

Bila dah lepas maghrib, ummi ngan ayah bawa kita ke Klinik Haliza,Pontian. Ummi risau pasal gatal-gatal kita dah naik sampai kat muka. Dia nak kita jumpa doktor larr tu.. Sampai-sampai je kat sana, kita tengok oramg ramai naaa tunggu. Lepas ambil nombor, kita pi singgah lagi kat umah ibu. Agak-agak setengah jam, baru ummi bawa Adam pi klinik semula.

Doktor tu baik sangat kat Adam. Dia kasi Adam main patung kucing tapi Adam geli nak pegang. hehehe.. Adam dengar doktor tu kata Adam kena demam campak. Dia kata lagi, demam campak ni akan tumbuh gatal-gatal (macam ruam) lepas demam. Adam dengar je doktor tu kat... Eh! demam campak tu ape ek?

Lepas ambik ubat kat kaunter, kitorang terus balik. Dalam keta lagi mata Adam dah kuyu. Tak sedar bila Adam sampai umah. Bangun-bangun je ummi dah sedia nak kasi kita ubat. Mula-mula tu nak jugak larr telan tapi lama-lama tak tertelan jugak pasal ubat yang ummi kasi tu banyak sangat. Alih-alih, apa lagi..muntah larr segala yang ada kat dalam perut ni. Aaahh..lega skit.

Sekarang, baru Adam tahu yang demam campak ni memang tak best! Dah larr kena makan ubat, badan tak selesa gatal-gatal.. Nak main pun susah!

Esok, ummi kata dia nak jaga Adam kat umah. Yahoo.. bestnya. Doakan Adam sembuh ye semua! Bye..

Monday, April 14, 2008

Adam di Internet!


Hi.. nama saya Adam Rifqi. Kengkawan semua panggil adam. First time tulis blog memang ada sikit gabra & tak ade idea tapi lama-lama nanti, ok larr kot..hohoho.

Blog ni khas buat atuk & nenek kat Kuala Lumpur yang baru ada talian internet kat umah. Lepas ni, bleh larr selalu tau perkembangan cucu atuk sorang yang kat Johor ni.hehehe.. Dah bleh jadi atuk & nenek moden. Tak guna surat2 atau email nak tau perkembangan adam kat sini. Surf kat internet, dah bleh dapat jumpa adam. Nak tepon selalu bill mesti tinggi punye kan.. alarr, nenek tu kalu call mesti panjang punye cerita. Lepas ni, kalu nak bagitau ape-ape dah bleh tulis kat area comment kat bawah ni. Adam & family insyaallah akan selalu update blog ni.

Sampai sini dulu yer.. kirim salam pada semua!